Status air sungai di paras bahaya dan paras amaran dikeluarkan kepada empat daerah melibatkan Bera, Maran, Temerloh dan Pekan. Berikutan itu, penduduk sekitar kawasan terbabit dinasihat bersiap sedia dan berwaspada.

Jabatan Pengairan dan Saliran JPS dalam satu kenyataan memakumkan, setakat pukul 11 pagi tadi, paras air sungai pahang di kawasan Jambatan Sg. Bera dan Water Front, Bera serta kawasan Sg. Kundang, Maran berada pada paras bahaya.

Status bahaya turut diletakkan di kawasan Lubuk Pasu dan Kuala Krau, Temerloh. Manakala kawasan Paloh Hinai, Pekan diletakkan dalam status amaran berikutan kenaikan paras air sungai Pahang. Orang ramai diingatkan bersiap sedia dan patuh arahan pihak berkuasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini