Status Syarikat Tujuan Khas (SPV) Tabung Haji (TH) akan diperhalusi melalui perbincangan bersama Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kelak.
 
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad, perkara itu akan dilihat melalui pelan pemulihan dan perbincangan bersama golongan berautoriti dalam RCI berkenaan.

Jelasnya, buat masa ini SPV masih diteruskan untuk mengambil alih aset kurang bagus institusi kewangan tersebut.

TH sebelum ini telah mengemas kini aset tidak menguntungkan bernilai lebih RM19.9 billion dengan memindahkannya kepada SPV di bawah Kementerian
Kewangan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia kepada JAWI Food Bank di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini