Status penganjuran  Sukan Malaysia 2022 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dijangka diumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) hujung bulan ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Dr Hasnul Faizal Hushin Amri. 

Menurut Dr Hasnul Faizal, pihaknya akan mengemukakan kertas kerja mengenai penganjuran itu untuk dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat sebelum dipanjangkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Sukma bagi memutuskan jenis sukan, lokasi dan bajet diperlukan. 

Oktober lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan Sukma 2020 di Johor yang sepatutnya berlangsung dari 2 hingga 10 April 2021 ditangguhkan ke 2024.

Bagaimanapun, KBS bersetuju supaya MSN menganjurkan Sukma di Kuala Lumpur pada tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini