Status penyertaan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia di kejohanan Badminton Indonesia Masters 2021 masih belum terjawab. Situasi itu ekoran kecederaan belakang yang dialami pemain ranking ketujuh dunia tersebut ketika saingan separuh akhir Kejohanan Terbuka Hylo di Jerman minggu lalu.

Jika Zii Jia mengesahkan penyertaan, dia dijadual bertemu pemain Denmark, Rasmus Gemke di pusingan pertama. Kejohanan Indonesia Masters dijadualkan berlangsung bermula 16 November sehingga 21 November ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini