Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven telah meletakkan jawatannya.

Ia sekali gus membuka jalan kepada penggantinya, Magdalena Andersson menjelang pilihan raya umum, tahun depan.

Lofven telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada speaker Parlimen, Andreas Norlen semalam.

Lofven, yang memimpin untuk tujuh tahun turut turun dari kerusi kepimpinan pada kongres parti Sosial Demokrat, minggu lalu.

Andersson, yang kini menteri kewangan dilantik untuk menggantikan Lofven sebagai pemimpin parti, sekali gus meletakkan dirinya sebagai wanita pertama memimpin negara sekiranya beliau menang undian di Parlimen.

The Centre Party menyatakan mereka akan menyokong Andersson dengan parti haluan kiri juga dijangka akan berbuat demikian.

Sebelum ini semua negara Nordic iaitu Norway, Denmark, Finland dan Iceland sudah meletakkan wanita sebagai pemimpin kerajaan mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini