Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Gua Musang yang dahulunya, kini menjadi tarikan baharu di kawasan Kelantan Selatan. Inisiatif Kelab Lion bersama pihak pengurusan KTMB itu dengan menaik taraf mercu tanda dan mengindahkan kawasan persekitaran, bagi menarik kehadiran pengunjung.

Selain membina akuarium yang menempatkan ikan kelah, stesen ini turut dilengkapi dengan hiasan pokok serta mercu tanda Gua Musang. Stesen KTMB Gua Musang merupakan tempat bersejarah, yang telah wujud sejak 40-an sebelum beberapa kali dibaik pulih serta bertukar lokasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini