Taktik menyimpan bekalan mercun sempena Tahun Baharu Cina di dalam stor sebuah kedai menjual telefon bimbit dibongkar dalam satu serbuan di Taman Mutiara Mas, Skudai, petang semalam.

Dalam serbuan Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua itu, seorang penjaga premis berusia 48 tahun diberkas dan 250 kotak mengandungi 16 jenis mercun serta bahan letupan bernilai RM350,000 dirampas.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua kotak mercun bertulis Happy Bom itu disembunyikan di bilik stor belakang kedai berkenaan.

Beliau berkata demikian pada siding media di Markas Taktikal PPM Wilayah Dua, Johor Bahru. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan kakisan 1957.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini