Strategi baharu akan diguna pakai untuk membasmi kemiskinan tegar, melalui pemerkasaan aspek modal insan dan pendapatan isi rumah.

Unit Kemiskinan ditubuhkan Unit Perancang Ekonomi, bakal memacu usaha tersebut, melibatkan kerjasama kerajaan negeri, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak swasta. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hasil libat urus pihaknya telah mengenal pasti 50 lokailiti miskin tegar di seluruh negara. 

Tambah beliau, kerajaan menghargai input dikemukakan Bank Dunia berhubung amalan baik membasmi kemiskinan, termasuk pengenalan indikator kemiskinan multi dimensi. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini