Fenomena Supermoon muncul lagi. Dikenali sebagai Strawberry Supermoon, ia merupakan supermoon kedua muncul pada tahun ini. Fenomena supermoon turut menghiasi langit Malaysia, malam tadi.

Bulan mengambang berada pada jarak terdekatnya dengan bumi sekali gus menyebabkan ia kelihatan lebih besar dan terang.

Fenomena Supermoon kali ini diberi nama ‘Strawberry’ kerana dikaitkan dengan musim buah berkenaan pada bulan ini. Fenomena ini juga kelihatan di beberapa tempat di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika dan hanya muncul tiga atau empat kali dalam setahun.

Orang ramai pergi ke kawasan pesisiran pantai, mengambil peluang merakam detik fenomena Strawberry Supermoon. Mengikut Kalendar Astronomi Planetarium Negara untuk tahun 2022, tiga supermoon untuk tahun ini muncul pada 14 Jun, 14 Julai dan 12 Ogos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini