Struktur gaji dan skim perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditambah baik pada 2016, berdasarkan pariti dengan skim perkhidmatan lain yang berkaitan.
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, ketika ini, gaji permulaan minimum bagi anggota polis adalah sebanyak RM1,220, tidak termasuk elaun dan insentif lain mengikut penugasan anggota.

Menjawab pertanyaan wakil Tanjong Malim – Chang Lih Kang, Datuk Seri Dr Ismail menjelaskan, struktur gaji berkenaan melibatkan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan dengan kemasukan menggunakan kelayakan akademik peringkat Penilaian Menengah Rendah dan setaraf dengannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini