Pengarah kejurulatihan beregu elit negara, Rexy Mainaky mengakui penstrukturan semula  aspek latihan dan kejurulatihan yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mampu memperbaiki mutu dan kualiti pemain negara.

Ini kerana menurut Rexy, jurulatih negara akan dapat mengenali pemain bimbingan mereka dengan lebih baik dan mengambil pendekatan dengan lebih berfokus ketika sesi latihan.

Menurut Rexy, jurulatih kini akan melatih jumlah pemain yang lebih kecil, sekali gus dapat mengetahui keperluan anak buah masing-masing dan berusaha mencapai sasaran dengan lebih realistik.

Bekas Juara Olimpik dan Juara Dunia yang kembali semula ke BAM itu turut percaya, struktur baharu ini akan dapat meminimumkan masalah di pihak kejurulatihan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM Datuk Kenny Goh  mengumumkan penstrukturan semula dengan Pengarah Kejurulatihan Wong Choong Hann akan memikul tanggungjawab  Pengarah Jabatan Perseorangan sementara pakar beregu Rexy mengambil alih Jabatan Beregu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini