2 sindiket dadah ditumpaskan Polis Johor, menerusi 3 serbuan berasingan, pada 9 dan 10 November lalu. Jelas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, 2 lelaki berusia 39 dan 49 tahun ditahan bersama 14.6 kilogram ganja, dalam serbuan Ops Khas pada 9 November.

Sindiket dipercayai beroperasi sejak awal Julai, dan menyeludup dadah ke negara jiran melalui jalan laut. Dalam operasi sekitar Johor Bahru pada 10 November pula, seorang lelaki ditahan bersama serbuk ecstacy dan ketamin.

Susulan itu, satu lagi serbuan dibuat dan sepasang suami isteri berusia ditahan. Hasil serbuan, polis merampas 21.18 kilogram serbuk ecstacy, 78.60 gram ketamin, 1.8 gram syabu dan 90 biji pil ecstacy.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini