Polis giat mengesan seorang wanita bersama pasangannya yang dipercayai menggunakan wang kertas palsu membuat pembelian di beberapa buah premis di Kemaman, Terengganu. Demikian kenyataan Timbalan Ketua Polis Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah .Wanita berusia 20-an bersama pasangannya, 50-an dipercayai menggunakan wang kertas palsu bernilai 100 ringgit untuk membeli pelbagai barangan di beberapa buah kedai runcit di kawasan Kijal dan Kemasek, Ahad lalu. Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek terbabit menyasarkan kedai di kawasan kampung dan kereta yang digunakan suspek juga menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelak dari dikesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini