Jenazah pasangan suami isteri yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Sungai Buloh, Selangor, PADA AHAD sudah selamat dikebumikan semalam.Mangsa dikebumikan bersama janin yang dikandungkan.Mangsa dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, Pasir Puteh. Pengebumian jenazah Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29 tahun, suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29 tahun, serta janin mereka berusia lapan bulan, disaksikan kira-kira 100 ahli keluarga dan penduduk.Bapa Allahyarham Wan Hasheliza, Wan Ibrahim Awang Kechik berkata……dia reda dengan pemergian tiga beranak itu.Dalam kejadian itu, empat termasuk suami isteri maut terkena renjatan elektrik selepas tangga separa siap di rumah sewa mereka di Kampung Matang Pagar,Sungai Buloh, Selangor…..RUNTUH.Dua lagi merupakan jiran mereka Mohd Radezi Abdul Aziz, 35 tahun, dan warga Indonesia, Bambang Sulistio, 39 tahun yang maut ketika mahu memberi pertolongan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini