Polis menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat pencerobohan e-mel perniagaan atau ‘business email compromise’ (BEC) yang melibatkan kerugian lebih RM3.9 juta.

Sindiket didapati menggodam emel syarikat tertentu sebelum menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan untuk mendapatkan wang. Suspek wanita warga tempatan berusia 41 tahun dan pasangannya warga Nigeria 43 tahun itu ditahan di kediaman mereka di Eco Majestic Semenyih.

Kedua-dua suspek ditahan reman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini