Video menunjukkan seorang suami yang menerima bekal berupa nasi bersama telur yang masih mentah daripada isterinya tular, baru-baru ini.

Ia dikongsikan pemilik akaun TikTok @aceh_anggoro dan berlaku kepada rakan sepejabatnya.

Dalam video tersebut, si suami dilihat terkejut kerana tidak dapat makan bekal yang diberikan isterinya.

Si suami menganggap isterinya mungkin terlupa merebus telur tersebut atau pun tersilap memasukkan telur mentah ke dalam bekal.

Ia mengundang rasa kelakar dalam kalangan netizen dan sehingga kini video tersebut memperoleh lebih 700,000 tontonan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini