Pemberian subsidi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian dan penternakan dilihat antara  langkah penyelesaian jangka pendek yang perlu dilaksanakan sewaktu kenaikan harga barangan ketika ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II,  Dr Nik Muhammad Zawawi  Salleh berkata ia satu langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan kawalan harga dapat dilaksanakan dalam usaha membantu golongan sektor berkaitan.

Situasi tersebut juga secara tidak langsung untuk memastikan pengeluaran sumber makanan negara  mencukupi.
 
Mengulas lanjut, isu kenaikan harga ketika ini tidak hanya berlaku dalam negara malah turut menjadi masalah global berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir

Beliau terdahulu merasmikan Program Dari Dapur
Peladangnita “Masok Mende Weh” anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LLP) Negeri Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini