Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ia bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.

Bagaimanapun jelas beliau subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Sesi Dialog mengenai isu harga dan bekalan setelah penamatan penentuan harga Siling Ayam dan telur ayam di Putrajaya.

Datuk Seri Alexander turut memaklumkan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP) serta  Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB) untuk memastikan isu harga dan bekalan sentiasa terkawal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini