Subsidi minyak masak tulen dalam kemasan botol 2, 3 dan 5 kilogram dimansuhkan, bermula 1 Julai ini. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, subsidi barangan tersebut mencecah RM20 juta sebulan.

Katanya, sudah tiba masa dimansuhkan supaya kerajaan boleh fokus bantu golongan memerlukan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  (KPDNHEP) akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk memastikan isu harga dan bekalan sentiasa terkawal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini