Pemberian subsidi ayam bakal tamat hujung bulan ini.

Namun pengguna tidak perlu bimbang dengan kemungkinan kenaikan harga, kerana pemantauan berterusan akan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, walaupun caj pemotongan ayam dibenarkan, namun peniaga tidak boleh mengenakan harga yang tidak munasabah.

Pengguna juga boleh membuat aduan kepada pihak KPDNHEP untuk siasatan lanjut.

Penggunaan aplikasi ‘Price Catcher’, turut disarankan bagi membuat perbandingan harga dan mendapatkan barangan dalam harga yang berpatutan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini