Unjuran subsidi sehingga hampir RM80 bilion dibuat bagi menstabilkan harga barang dan mengelak kadar inflasi melonjak sehingga 11.4 peratus.

Meskipun jumlah subsidi terbesar dalam sejarah itu akan mempengaruhi kedudukan kewangan negara, namun kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan.

Masyarakat tidak perlu bimbang kerana  langkah penjimatan sesuai dilaksana bagi memastikan kedudukan kewangan kekal kukuh.

Ini termasuk mempertimbang penangguhan pelaksanaan projek mega.