Kerajaan tidak menarik balik subsidi yang diberikan kepada rakyat, malah meningkatkan lagi pemberiannya bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang ketika ini.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, sehingga telah menampung sejumlah RM43 bilion subsidi untuk pelbagai perkara.

Tan Sri Annuar mengulas mengenai video di laman Tik Tok yang mendakwa kerajaan akan menarik balik semua subsidi pada 31 Julai ini, yang boleh menyebabkan rakyat melakukan pembelian panik.

Tan Sri Annuar mengingatkan walaupun media sosial mempunyai akses kebebasan dalam menyalurkan sebarang maklumat dan pandangan, ia harus disertai dengan sikap tanggungjawab dan tidak disalah guna untuk tujuan tidak baik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini