Penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa Sudan turun ke jalan raya pada Sabtu, dua hari selepas tentera mengetatkan kawalan dan menubuhkan majlis pemerintah baharu. Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan terbunuh.

Protes pro-demokrasi berlaku hampir tiga minggu selepas jeneral tertinggi Abdel Fattah al-Burhan menggulingkan kerajaan, menahan kepimpinan awam dan mengisytiharkan darurat. Menurut pihak perubatan, dua penunjuk perasaan terbunuh di Omdurman dan tiga lagi di timur Khartoum.

Empat daripadanya mati ditembak dan seorang lagi lemas akibat gas pemedih mata serta ramai lagi tercedera. Kematian terbaharu ini menjadikan jumlah kematian seramai 20 orang sejak pihak tentera merampas kuasa.

39 anggota polis juga dilaporkan cedera dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan. Pihak polis juga menafikan dakwaan mereka menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini