Selepas Sepanyol, Perancis dan Britain pula bakal mencatatkan rekod gelombang haba yang melampau.

Saintis sebelum ini memberi amaran bahawa gelombang haba akan menjadi lebih kuat dan melanda lebih awal daripada biasa, susulan perubahan iklim yang berlaku.

Di Sepanyol, kebakaran hutan merebak kira-kira seluas 9,000 hektar di barat laut wilayah Sierra de la Culebra, semalam.

Ia memaksa kira-kira 200 penduduk meninggalkan rumah masing-masing, dan lebih 3 ribu orang telah dipindahkan dari taman tema Puy du Fou ketika api marak menghampiri taman tema itu.

Anggota bomba ketika ini sedang berusaha memadamkan kebakaran di beberapa wilayah, termasuk hutan di Catalonia, namun beberapa kekangan telah menyukarkan proses tersebut.

Suhu melebihi 35 darjah Celsius, dicatatkan semalam di kebanyakan bahagian negara Sepanyol, dan dijangka mencecah 40 darjah selsius di beberapa kawasan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini