Pasukan bomba bergelut untuk mengawal kebakaran hutan yang marak di beberapa bahagian di Sepanyol susulan keadaan kering dan berangin.

Sepanyol kini sedang beralih ke suhu awal musim panas paling tinggi sejak beberapa dekad, diramal antara 40 hingga 42 darjah Celsius di timur laut Zaragoza, Navarre dan La Rioja di utara Sepanyol. 

Wilayah Zamora, berhampiran sempadan Portugal dan Catalonia di timur, antara kawasan paling teruk dilanda kebakaran hutan, namun tiada laporan kematian atau kecederaan.

Hampir 19,000 hektar tanah terbakar di banjaran gunung Sierra de la Culebra.

Di Catalonia, pasukan bomba menjangkakan, usaha mengawal kebakaran di Baldomar bertambah rumit dengan suhu sangat tinggi disertai angin selatan yang kuat.

Api marak dan menjulang ke udara di pinggir kampung Caudiel di Castellon, timur Sepanyol. Di Toledo, barat daya Madrid, taman tema Puy du Fou memindahkan lebih 3,000 penduduk  ketika kebakaran semakin menghampiri sempadannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini