Berita gembira buat sukan angkat berat negara. Atlet negara Muhamad Aznil Bidin berjaya menempah slot ke Sukan Komanwel 2022 bagi kategori 61 kilogram. Ia susulan kejayaannya meraih emas dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Tashkent, Uzbekistan, semalam.

Muhammad Aznil, 27 tahun, muncul badang kedua layak ke Sukan Komanwel 2022, selepas Mohamad Aniq Kasdan yang menggungguli kategori 55 kilogram dengan angkatan keseluruhan 249 kilogram yang juga rekod baharu kebangsaan.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan memaklumkan, Muhammad Aznil melakukan angkatan 120 kilogram bagi snatch dan 153 kilogram bagi clean and jerk, dengan keseluruhan angkatan 273 kilogram.

Pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia menyaksikan Muhamad Aznil berjaya meraih pingat emas bagi kategori 62 kilogram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini