Perkembangan e-sukan. Peluang mewakili negara di Temasya Sukan Asia menjadi satu penghormatan buat atlet permainan Hearth-stone, Dr. Yew Weng Keng.

Pemenang Pingat Emas Sukan SEA Filipina 2019 itu akui persiapan rapi perlu dilakukan memandangkan cabaran Sukan Asia cukup berbeza berbanding Sukan Asia Tenggara.

Katanya, di Sukan Asia Hangzhou nanti, beliau bakal bertemu dengan wakil juara-juara dunia terutamanya dari Jepun, China dan Korea Selatan.