Seramai 12 atlet muda negara diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka apabila disenaraikan ke dalam kontinjen Malaysia yang akan menyertai Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, hujung Julai depan.

Perkara itu diumumkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan tersebut, MOM memaklumkan kesemua 12 atlet berkenan terdiri daripada 10 lelaki dan 2 wanita yang sebelum ini berada dalam senarai pertimbangan.

Penambahan ini diputuskan menerusi Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Presiden badan induk sukan negara tersebut, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Atlet-atlet terbaharu ini adalah dalam kalangan atlet muda dan juga pemenang pingat di Temasya Sukan SEA Ke-31, Vietnam, Mei lalu.

Dengan penambahan tersebut, cabaran Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham nanti bakal digalas 107 atlet keseluruhannya, dengan 69 daripadanya lelaki manakala 38 wanita.

Skuad ragbi dan terjun menjadi pasukan teramai dengan masing-masing diwakili 13 serta 12 atlet.

Manakala jumlah paling sedikit pula ialah dua atlet iaitu masing-masing dalam acara gimnastik artistik, judo, tinju dan triathlon.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini