Pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman dipilih sebagai Pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia, MOM membuat keputusan itu bagi menggantikan tempat S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Sivasangari yang merupakan pemain skuasy utama negara memerlukan tempoh 3 bulan untuk pulih sepenuhnya.

Aifa Azman, 20 tahun, telah membuat penampilan pertamanya di Sukan Komanwel pada tahun 2018 dengan menyertai acara Perseorangan Wanita dan Beregu Campuran.