Juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman dijangka akan digandingkan bersama Rachel Arnold dalam acara beregu wanita untuk sukan Komanwel 2022. Ia bagi menggantikan S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia, Mejar (B) S. Maniam tidak menolak kemungkinan menggandingkan kedua-dua pemain berkenaan dalam usaha Malaysia meraih emas dalam acara tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga senarai baharu atlet ke Birmingham dikeluarkan. Sivasangari sebelum ini dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin.