Keputusan Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia, menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 boleh memberi kesan kepada sasaran yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Itu penjelasan Timbalan Chef de Mission (CDM) ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Gerard Clair Monteiro yang turut kecewa dengan keputusan mengejut pemain tersebut.

MOM sebelum ini telah mengumumkan sasaran 7 pingat emas iaitu 2 dari sukan badminton dan selainnya setiap satu daripada sukan gimnastik, boling padang, angkat berat, skuasy dan powerlifting.

Semalam, Zii Jia mengejutkan arena badminton negara apabila pemain berusia 24 itu mengumumkan menerusi satu video untuk tidak menyertai Sukan Komanwel 2022.

Alasannya kerana jadual padat yang diharunginya sejak kebelakangan ini selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, pada 22 hingga 28 Ogos ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini