Sukan Laga Lembu Peru kembali memeriahkan gelanggang di Lima. Ia merupakan acara hujung minggu yang dinanti-nantikan, selepas berehat panjang akibat pandemik COVID-19. Sukan yang hampir menyamai populariti bola sepak di Amerika Selatan itu, berlangsung meriah di kawasan pantai dan menerima kunjungan kira-kira 3,000 penonton.

Di Peru, semua acara awam utama telah dihentikan tahun lalu, dan memberikan tamparan hebat bukan sahaja kepada pencinta tradisi laga lembu kuno, tetapi juga kepada matador serta penternak lembu yang berkaitan.

Selain itu, pembantu lembu jantan, tukang jahit pakaian, pengangkut lembu dan penjual makanan turut terjejas akibat penutupan itu. Walaupun dilihat ganas sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian, namun menjadi pelaga atau Matador sukan ini, adalah lambang keberanian bagi masyarakat setempat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini