Bagi sukan memanah yang menutup tirai hari ini, gandingan  Juwaidi Mazuki dan Fatin Nur Fatehah meraih pingat emas dalam acara Compound Berpasukan Campuran selain Juwaidi turut menyaksikan kem negara menuai dua pingat emas.

Atlet olimpik negara, Juwaidi Mazuki cemerlang apabila mengungguli acara Compound Individu lelaki dan acara Compound Berpasukan Campuran bersama Fatin Nur Fatehah.

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Latihan Sukan Nasional, Nam Tu Lien menyaksikan panahan Juwaidi dalam acara akhir compound individu lelaki serba menjadi apabila kerap meraih 10 mata.

Lawannya dari Thailand, Sirapop Chainak nyata sukar menandingi prestasi dipamerkan Juwaidi sekali gus menyaksikan kemenangan memihak anak kelahiran Melaka itu dengan keputusan 147 berbalas 142.

Menurut, Juwaidi, ia merupakan petanda positif apabila kem memanah compound negara berjaya mendominasi semula acara tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini