Pembangunan industri sukan negara akan diperkasa dan diperhebat menerusi Bajet 2022, bagi memastikan industri tersebut dapat menyumbang kepada ekonomi baharu dalam negara. 

Ia termasuk, memberi penekanan kepada sukan elektronik (e–Sukan) yang dilihat mempunyai potensi besar kerana nilai komersial yang tinggi selain membolehkan generasi muda menjana pendapatan. 

Timbalan Menteri Kewangan Satu, Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah memperuntukan RM45 juta kepada sektor tersebut dalam Belanjawan 2019 hingga 2021.  

Jelasnya, kerajaan juga sentiasa memberi galakan kepada usahawan tempatan untuk menceburi industri sukan, menerusi sektor pembuatan, pemasaran barangan sukan, penganjuran acara sukan serta pengurusan kemudahan sukan. 

Beliau berkata demikian dalam siri lawatan Jelajah Bajet 2022 di Johor Bahru. 

Lawatan tersebut memberi fokus kepada industri pelancongan, selain meneroka langkah pembaharuan yang akan dicadangkan kepada pasukan Belanjawan 2022. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini