Bahang aksi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 kini mula dirasai kontinjen Malaysia.

Majlis penyerahan ‘Jalur Gemilang’ yang berlangsung juga bagaikan membakar semangat dalam kalangan atlet negara.

Jalur Gemilang di sampaikan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kepada Chef De Mission, Moira Tan Siew See.

Malaysia menghantar dua wakil bagi edisi kali ini menerusi penyertaan Jeffrey Webb dan Aruwin Idami Salehhudin.

Temasya empat tahun sekali itu dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 20 Februari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini