Jaguh menembak negara, Johnathan Wong berjaya menghadirkan emas ke-28 negara apabila menjuarai acara 10 meter Air Pistol Lelaki. Ia sekali gus berjaya merampas semula pingat emas yang gagal dimenangi pada edisi Manila 2019.

Menurut Johnathan ketika ditemui berkata, selepas aksi kurang memberangsangkan dalam acara 50 meter Air Pistol sebelum ini, beliau tekad mengutip emas dalam acara kegemarannya initu.

Pada aksi sebelah pagi itu, Johnathan yang juga pemenang pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, berjaya mengekalkan bidikannya dengan mengekalkan mata 10 sebanyak enam pusingan.

Ia telah membantu beliau mengutip keseluruhan mata tertinggi sebanyak 238.6 mata mengatasi wakil tuan rumah, Quong Quoc Tan di tempat kedua dan Muhammad Iqbal Raia Prabowo dari Indonesia di tempat ke tiga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini