Kontinjen Malaysia terus cemerlang dalam Sukan SEA Vietnam apabila terus membutirkan kilauan emas tengah hari tadi.

Emas ke-37 itu dimenangi atlet berbasikal, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff dalam acara Lebuh Raya Lelaki sekaligus melepasi sasaran 36 pingat emas.

Dalam perlumbaan sejauh 162.25 kilometer itu, Nur Aiman, 25 tahun bersaing sengit bersama tiga lagi pelumba negara lain.

Namun, dia berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 48 minit 22 saat.

Pingat Perak dimenangi Aiman Chayadi dari Indonesia, manakala atlet Thailand, Navuti Liphong-yu meraih GANGSA.

Seorang lagi atlet negara, Akmal Hakim Zakaria, menamatkan saingan di tempat keenam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini