Sukarelawan Skuad Banjir, Kementerian Pertahanan(MINDEF) memperuntukkan lebih RM10,000 untuk disumbangkan kepada 40 keluarga terjejas banjir di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh.

Seramai 20 orang dari skuad sukarelawan berkenaan, turun membantu selain mengagih barang keperluan asas kepada penduduk terjejas.

Sebelum ini, Skuad sukarelawan MINDEF turut mengagih bantuan barang keperluan asas di kawasan lain, antaranya Bukit Lanchong, Shah Alam dan Gemas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini