Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperkenalkan beberapa insentif kecemerlangan baharu sempena Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ia bagi meningkatkan lagi semangat dan motivasi atlet yang bertanding pada 12 hingga 21 Ogos di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau berucap sempena majlis Pelancaran SUKIPT edisi ke-5 di UPSI, Tanjung Malim.

Kejohanan itu bakal disertai lebih 6,000 atlet dan 70 kontinjen akan bersaing dalam 21 acara yang dipertandingkan dengan menawarkan 210 pingat emas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini