Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 bakal dianjurkan sempena Hari Malaysia pada 16 hingga 24 September berbanding tarikh asal 29 September hingga 8 Oktober.

Pindaan juga dibuat selepas mengambil kira penundaan Sukan Asia Hangzhou 2022.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tarikh itu juga bakal memberi ruang kepada penganjur menggunakan kemudahan universiti awam untuk penempatan atlet semasa cuti semester.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Detik 100 Hari Sukma 2022 yang juga dihadiri jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, atlet menembak Johnathan Wong, skuasy S. Sivasangari dan pelari pecut Azreen Nabila Alias.

Turut dilancarkan Logo Sukma dan Para Sukma 2022, serta maskot harimau bernama ‘Oyen’ dan lagu rasmi temasya ‘Demi Malaysia’. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini