Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap salah satu daripada 25 pingat emas yang disasarkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 hadir menerusi acara bolasepak.

Ini bagi menamatkan penantian selama 36 tahun skuad ‘Sang Kenari’ memburu emas, ibu segala pingat sukan itu.

Jelas Sanusi Kedah kini di landasan terbaik ke arah itu dengan penganjuran banyak liga peringkat negeri termasuk kejohanan Piala Menteri Besar Kedah Widad K-League 2022.

Kali terakhir Kedah merangkul pingat emas bolasepak Sukma adalah semasa edisi sulung di Kuala Lumpur pada 1986.

Kedah hampir menamatkan penantian itu semasa SUKMA Perak pada 2018, namun terpaksa akur tewas kepada tuan rumah dalam aksi final.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini