Debaran perlawanan suku akhir kedua antara Kedah Darul Aman, KDA FC bertemu Johor Darul Takzim, JDT FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini kian terasa.
 
Perlawanan tersebut bakal menjadi penentu pasukan mana yang akan mara ke peringkat separuh akhir.
 
Di atas kertas, JDT dilihat sebagai pasukan pilihan.
 
Namun kekuatan dan kemampuan dimiliki pasukan KDA FC tidak harus dipandang sepi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tidak mustahil KDA FC untuk menewaskan Harimau Selatan, malam ini.

Sementara itu, KDA FC mendapat khabar gembira apabila penyerang utamanya, Tchetche Kipre bersedia untuk diturunkan selepas pulih daripada kecederaan.

Gandingannya bersama Kpah Sherman pasti dinantikan penyokong Hijau Kuning.

Dalam pada itu, kehadiran cahaya mata kedua awal pagi tadi diharap menjadi pembakar semangat buat Ketua Pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar untuk tampil dengan aksi yang terbaik.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak perlu meraih kemenangan atau mencatat keputusan seri dengan menjaringkan gol di tempat lawan untuk mara ke peringkat seterusnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini