ADUN Lendu,Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 kira-kira pukul 12.45, tengah malam tadi.
 
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan, dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam, di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Hadir sama, isteri Tun Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abd Rahman. Datuk Seri Sulaiman kemudian menandatangani watikah pelantikan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis. Terdahulu, Datuk Seri Sulaiman KEKAL sebagai Adun Lendu selepas menang dengan majoriti 3,104 undi, menewaskan Calon PN, Mejar (B) Abdullah Mahadi dan calon PH, Mohd Asri Ibrahim pada PRU DUN Melaka ke-15.

Istiadat majlis angkat sumpah turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad. Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA,Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini