Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menyaksikan kombinasi muka lama dan baharu termasuk pertukaran portfolio.

Menurut senarai yang diperkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Datuk Seri Sulaiman dilantik memegang portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan.

Manakala Datuk Rahmad Mariman yang sebelum ini Exco Kesihatan dan Anti Dadah, dilantik Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

Sementara itu, lapan muka baharu dilantik sebagai Exco kerajaan negeri termasuk Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang sebelum ini merupakan Speaker DUN Melaka yang dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini