Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua pihak agar terus bekerjasama untuk melindungi alam sekitar dalam usaha mengurangkan kesan perubahan iklim.

Titah baginda bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sekali lagi dengan jelas menunjukkan bahayanya kesan yang dibawa oleh perubahan iklim.

Sultan Nazrin bertitah demikian secara maya sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, bertemakan 50 Tahun – Bersama Alam Semulajadi.
 
Titah baginda lagi, selain membantu penduduk terjejas, kerajaan juga perlu berani mencari inisiatif baharu untuk menangani punca utama bencana tersebut.
 
Dalam masa sama, organisasi seperti WWF Malaysia akan terus berada di barisan hadapan untuk tempoh 50 tahun dan seterusnya bagi menghadapi cabaran mendatang. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini