Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap duta-duta dari lima negara Amerika Latin dan Caribbean (GRULAC), semalam.

Pertemuan tersebut berlangsung kira-kira satu jam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Keberangkatan baginda turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
 
Delegasi tersebut diketuai Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Jose Balaguer Salas.
 
Turut serta Duta Besar Brazil ke Malaysia, Ary Norton De Murat Quintella; Duta Besar Chile ke Malaysia, Diego Velasco-von Pilgrimm; Duta Besar Cuba ke Malaysia, Florentino Batista Gonzalez dan Duta Besar Peru ke Malaysia, Ricardo Estanislao Morote Canales.
 
Kunjungan mereka ke Istana Iskandariah merupakan sebahagian daripada lawatan kerja ke Perak yang bermula kelmarin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini