Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 87 penerima sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-76. Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran berkenaan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Berangkat sama ke istiadat itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, selain Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj mendahului senarai penerima dengan dikurniakan Darjah Kerabat Kedua (DK II).
 
Sultan Sharafuddin turut mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
 
Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pula dikurniakan kepada tujuh penerima manakala sembilan individu menerima Darjah Kebesaran Datuk – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS).
 
Sementara itu, 19 individu dikurniakan darjah Setia Mahkota Selangor (SMS) dan 14 individu untuk Darjah Kebesaran Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS).
 
Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Ahli Mahkota Selangor (AMS) kepada 15 penerima, 14 penerima darjah Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS)  dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) kepada tujuh individu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini