Masyarakat disaran terus tampil menderma darah secara tetap setiap tiga bulan sekali untuk memastikan bekalan darah di Hospital Tuanku Fauziah mencukupi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sumbangan tetap penderma yang prihatin amat diperlukan.

Ini sekali gus membantu kelangsungan bekalan darah dalam negeri pada tahap selamat.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah ketika berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal amal sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Perlis.

Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs turut menyerahkan sumbangan MAIPs bernilai RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini