Malaysia telah menerima sumbangan peralatan rangkaian sejuk bagi penyimpanan vaksin COVID-19 yang bernilai RM6 juta daripada kerajaan Jepun. Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin telah menerima sumbangan tersebut yang diserahkan oleh duta Jepun ke Malaysia di Putrajaya hari ini.

Sumbangan itu dilaksanakan melalui kerjasama Teknikal Malaysia dan Jepun yang diselaraskan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA). Khairy mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini