Ratusan kapal korek yang dikendalikan oleh pelombong emas haram memenuhi Sungai Madeira, anak sungai utama Amazon di Brazil. Ia berikutan khabar angin mengatakan penemuan emas di sungai itu.

Kerajaan pusat dan daerah pula bertelingkah tentang siapa yang harus bertanggung jawab untuk menghentikannya. Rakit-rakit yang dilengkapi pengorek ditambatkan dalam barisan di sepanjang Sungai Madeira. Sungai Madeira mengalir sejauh 3,300 km dari Bolivia, melintasi hutan hujan Brazil dan masuk ke Sungai Amazon.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini